Translate

Sunday, 9 August 2015

LEOPARD CAKE


LEOPARD CAKE

Bahan
240g mentega tanpa garam - dilembutkan
200g gula kastor
100ml susu segar@sejat
250g tepung gandum
16g baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur
*1 sudu besar serbuk koko
*1 sudu teh coklat emulco
*1 sudu teh pes oren
*1 sudu teh pewarna oren

Cara
1.Sediakan 2 loyang ukuran 8inci,sapu sedikit butter dan lapik dasr loyang dengan baking paper dan panaskan oven 170'c.
2.Ayak tepung dan baking powder.
3.Dalam mixer satukan mentega dan gula ,putar hingga adunan lembut.
4.Masukkan telur 1 demi 1,semasa masukkan telur sebiji masukkan 1 sudu besar tepung gandum dan masukkan esen vanilla,putar hingga kembang.
5.Kemudian masukkan baki tepung berselang seli dengan susu dan gaul cara kaup balik.
6.Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung.
*Ambil tepung kemudian susu-tepung-susu dan tepung,gaul hingga sebati.
7.Ambil 1cwn adunan kek letak pes oren dan pewarna oren,kacau rata.(masuk dalam piping bag)
8.Ambil 2 cwn adunan kek letak serbuk koko dan coklat emulco,kacau rata.(masuk dalam piping bag)
9.Ambil 1 cwn adunan kek tiada warna.(masuk dalam piping bag)

Cara Mencorak
1.Ambil 1 sudu besar adunan tak bewarna,ratakan dalam loyang.
2.Ambil pula adunan warna coklat dan paipkan atas adunan kek tak berwarna tadi.
3.Buat lingkaran bulat kecil hingga besar.
4.Terpulang nak buat berapa lingkaran( 5, 4 ,3 )
5.Lingkaran ni boleh buat 2 line( maknanya 1 lingkaran tu kite paipkan 2 kali )
6.Kemudian paipakan pula warna oren,betul-betul di tengah-tengah lingkaran warna coklat tadi.
7.Lingkaran warna oren ni pun buat dalam 2 lingkaran setiap 1 bulatan tu,supaya nanti warna oren tu nampak besar sikit bila kita potong.
8.Kemudian ambil warna coklat sekali lagi paipkan atas warna oren tadi dan tutup warna oren tadi keseluruhannya dengan berhati-hati.
9.Kemudian ambil adunan tak bewarna tadi yang kite masukkan dalam piping bag,kite paipkan di celah-celah lingkaran tadi.( ratakan )
10.Selepas tu ambil warna plain dan ratakan atas lapisan tadi,tutup keseluruhan permukaan adunan tadi.( Jangan kacau kuat-kuat tau..perlahan-lahan aje ratakan supaya lingkaran dibawah tidak terusik @ terlanggar.
11.Kemudian bakar 170'c selama 45 minit.( ikut oven msng2 )
12.Buat kaedah yang sama untuk loyang yang satu lagi.
13.Bila kek dah masak biarkan,10 minit dan telangkupkan atas redai dan sejukkan.

Coklat Ganache
300g krim tenusu
30g sirap glukos
500g coklat masakkan-hiris halus

Cara
1.Didihkan krim dan sirap glukos.
2.Tuang dalam bekas coklat,kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya.
3.Masukkan dalam piping bag.

Krim Coklat
180g coklat ganache-ambil dari adunan diatas
150ml krim putar bukan tenusu

Cara
1.Putar krim hingga kembang.
2.Campurkan coklat ganache dan kacau rata.
3.Masukkan dalam piping bag.

Proses Melapis
*Saye guna 3 keping kek-saye buat 1 1/2 adunan kek untuk mendapatkan 3 keping kek.
1.Bila kek dah sejuk potong sikit lapisan atasnya yang agak keras.
2.Kemudian paipkan krim coklat atas kek.
3.Ambil 1 keping kek letak atas kek yang sudah diletak krim tadi dan paipkan krim atas kek tadi.
4.Ambil kepingan kek yang ke-3 letak atas kek yang sudah dipaipkan krim tadi dan paipkan krim atas kek tadi.
5.Akhir sekali salut seluruh kek dengan krim coklat dan simpan dalam peti sejuk.
6.Bila krim dah keras deco kek.
7.Ambil coklat ganache paip bentuk lingkaran bulat seluruh kek.
8.Kemudian paip krim coklat di tengah lingkaran ganache tadi.

No comments:

Post a Comment