Translate

Wednesday, 28 January 2015

KUIH KOCI

                                             

BAHAN-BAHAN

Bahan A
125g tepung pulut
100ml santan
1 sudu besar air

Bahan B (dadih kuih koci)
125ml santan pekat 
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar tepung ubi
Garam secukupnya

Bahan C (inti kuih koci)
1/2 biji kelapa parut segar
1/2 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air
1/2 sudu kecil tepung jagung

Beberapa helai daun pisang (dipotong segi empat, 4-5 inci, dilayur atas api sehingga lembut)

CARA-CARA
1) Campurkan bahan-bahan A dan kacau rata sehingga menjadi doh yang lembut. Ketepikan dahulu.
2) Untuk membuat dadih kuih koci, campurkan bahan-bahan B dan kacau rata. Ketepikan dahulu.
3) Untuk membuat intinya, masukkan bahan-bahan C ke dalam kuali. Kacau sehingga pekat dan rata.
4) Ambil sedikit doh, leperkan dan letak inti di tengah-tengah. Tutup dan bentukkan menjadi bulat.
5) Bentukkan daun pisang menjadi kon, masukkan doh ke dalamnya dan tuang satu sudu dadih ke atas doh. Lipat dengan kemas.
6) Kukus selama 15 minit.

KUIH KERIA


BAHAN-BAHAN
2 biji ubi keledek (direbus sehingga empuk)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung ubi
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
100g gula
60ml air

CARA-CARA
1) Lenyek ubi keledek yang telah direbus sehingga lumat.
2) Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung ubi dan sedikit garam.
3) Gaul sehingga doh menjadi lembut.
4) Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti kuih donut.
5) Goreng sehingga masak.
6)Untuk sira gula, masukkan air dan gula ke dalam kuali.
7) Kacau sedikit dengan api yang agak kuat.
8) Tutup api dan masukkan kuih keria tadi.
9) Kacau gula dengan kuih keria sehingga gula menjadi keras.

Tuesday, 27 January 2015

KUIH KOSUI



                                                 
BAHAN-BAHAN

Bahan untuk sirap gula
240g gula merah
120g gula pasir
250ml air
Sehelai daun pandan

Bahan lain
210g tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
625ml air
Kelapa parut (diambil putih sahaja dan gaul dengan sedikit garam)
Sedikit garam

CARA-CARA
1) Masukkan bahan-bahan untuk sirap gula ke dalam periuk dan gaulkan sehingga sebati dan menjadi sirap gula.
2) Campurkan tepung gandum, tepung ubi, air, garam dan sirap gula yang telah cair ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
3) Tuang aduan ke dalam acuan dan susun di dalam periuk pengukus.
4) Kukus selama satu jam.
5) Keluar dan golekkan di atas kelapa parut, sedia untuk dihidangkan.

KUIH SAGU



BAHAN-BAHAN
1 cawan sagu (dibasuhkan & ditoskan)
2 1/2 cawan air
3/4 cawan gula
1 sudu kecil pewarna merah
1 helai daun pandan (disimpulkan)
1 mangkuk kelapa parut (digaul dengan secubit garam)

CARA-CARA
1) Masukkan air, daun pandan dan pewarna merah di dalam periuk.
2) Apabila sudah mendidih, masukkan sagu dan gaul sehingga sebati.
3) Setelah sebati, masukkan ke dalam mangkuk yang dilapik dengan plastik  untuk dikukus.
4) Keluarkan dari pengukus dan mangkuk, potong mengikut saiz yang diingini.
5) Gaulkan dengan kelapa parut dan sedia untuk dihidangkan