Translate

Monday, 10 August 2015

PUDING JELI OREN


PUDING JELI OREN

Bahan-bahan:

Lapisan Jernih

4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning (akak tukar kpd 1 sudu mkn oren sunquick)

cara-cara

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan

lapisan puding

4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan

cara-cara untuk melapis:
-------------------------------
Sediakan bekas yang sesuai.
masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

PUDING CENDOL


PUDING CENDOL

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )

Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam
Bagi Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam

Cara-cara

Bagi Lapisan Bawah
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
Bagi Lapisan Atas
Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
P9070107
Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

PUDING KARAMEL


PUDING KARAMEL

Bahan-bahan

400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara

Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.

Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.

Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit

Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.

PUDING COKLAT KARAMEL


PUDING COKLAT KARAMEL

BAHAN-BAHAN
Bahan A

½ cawan gula-buatkan caramel

Bahan B

1 tin susu cair
1 cawan air
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu besar gula perang
1 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar tepung jagung
Hiasan-buah laici dalam tin

CARA MEMBUAT
1. Gaulkan semua bahan B dan tapiskan dalam loyang yang berisi caramel.
2. Kukuskan selama 30 minit dengan api sederhana.
3. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan besar.
4. Hiaskan dengan buah laici atau sebarang buah koktel.

AGAR-AGAR LAPIS KASTARD


AGAR-AGAR LAPIS KASTARD

BAHAN-BAHAN:
35 gm agar-agar
480 gm gula pasir
3/4 buku mentega | pukul sehingga kembang
5 biji kuning telur
1 tin susu cair
1.25 liter air
3 sudu makan tepung kastard | dilarutkan dengan air
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh pes coklat

CARA MEMASAK:
1. Campurkan mentega yang sudah dipukul kembang bersama kuning telur, susu cair dan tepung kastard. Kacau sebati. Ketepikan.
2. Masak agar-agar dengan air sehingga hancur.
3. Masukkan gula dan bahan (1) yang dicampurkan tadi dan biarkan mendidih.
4. Bahagikan kepada tiga mangkuk dan warnakan dengan warna coklat, perasa kopi bercampur warna merah dan satu mangkuk lagi dibiarkan kuning (asal).
5. Tuangkan ke dalam acuan empat segi.
6. Sejukkan dan keraskan selapis demi selapis.

PUDING PANDAN KACANG HIJAU


PUDING PANDAN KACANG HIJAU

BAHAN A:

200gm gula
100gm tepung kacang hijau | bewarna putih
1.25 liter air daun pandan
¼ sudu teh soda bikarbonat

BAHAN B:

100gm gula
50gm tepung kacang hijau
1 liter santan pekat
¼ sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam

CARA MEMASAK:
1. Sediakan dua periuk dan masak bahan A dan bahan B secara berasingan.
2. Kacau dan didihkan serentak di atas api hingga bancuhan pekat.
3. Angkat dan tuangkan bancuhan A dan B ke dalam loyang secara berselang seli.
4. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 3 jam dan potong.

*Pastikan kedua adunan dikacau sentiasa sehingga menjadi pekat dan licin.

AGAR-AGAR KASTARD JELI


AGAR-AGAR KASTARD JELI

Bahan-bahan:
500ml air
220g gula pasir
1tin susu cair
3 sb (rata) tepung kastad + bancuh dengan 1/2 cawan air
1 paket (11 g) serbuk agar-agar -(saya buat yang 10g )
2 paket sumi jelly (dibelah dua)- saya tak belah

Cara-cara:
1.Dalam periuk masukkan air,gula,susu cair .Masak hingga mendidih.
2.Kemudian masukkan bancuhan tepung kastad,kacau seketika dan masukkan serbuk agar-agar.
3.Masak hingga mendidih dan pekat.Tapiskan ke dalam loyang.
4.Tunggu sehingga suam barulah dimasukkan jelly tadi (kalau masuk panas-panas jelly akan cair),susun jelly ikut kreativiti.
5.Sejukkan dalam peti ais baru sedap dimakan.

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO


AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO

Bahan-bahannya:
1 bungkus agar-agar serbuk (10gm)
750ml air
160gm gula
3/4 cawan milo
1 tin susu cair
1 bungkus biskut Oreo dibuang krim dan dipatah-patahkan

Cara-cara:
1.Masukkan air,gula ,serbuk agar-agar dan susu cair ke dalam periuk.Kacau sekejap bagi serbuk agar-agar tidak berketul kemudian didihkan.
2.Apabila mendidih,asingkan dua cawan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan milo.
3.Ambil satu cawan campuran milo dan tuang ke dalam acuan.Biarkan keras seketika.
4.Tuang campuran susu sahaja dan taburkan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan tadi ke atas campuran susu.Biarkan mengeras tetapi jangan terlalu keras.
5.Akhir sekali tuang baki satu cawan campuran milo tadi keatasnya.Biarkan keras .

AGAR-AGAR PELANGI


AGAR-AGAR PELANGI

BAHAN-BAHAN

Lapisan berwarna
1 paket serbuk 10gm agar agar
1200 ml air
Gula 200gm
2 daun pandan, disimpul
Wilton warna paste - Saya telah menggunakan 6 warna: ungu, biru, hijau, kuning, oren & merah

Lapisan putih
1 paket serbuk 10gm agar agar
400ml santan
Air 800ml
Gula 200gm
2 daun pandan
1/2 sudu kecil garam

CARA-CARA

Lapisan berwarna:
1) Letakkan daun pandan dan air ke dalam periuk.
2) Masak hingga mendidih dan masukkan gula dan serbuk agar agar.
3) Rebus selama 1 minit dan padamkan api.
4) Campuran ayak ke dalam mangkuk. Buang daun pandan.
5) Letakkan mangkuk di atas periuk menggelegak air panas (mendidih dua) untuk menyimpan panas campuran semasa menyediakan campuran kelapa.

Lapisan putih:
1) Tempat daun pandan dan air ke dalam periuk.
2) Masak hingga mendidih dan masukkan gula dan serbuk agar agar.
3) Rebus selama 1 minit.
4) Masukkan santan dan garam.
4) Padamkan api.
5) Campuran ayak ke dalam mangkuk lain dan membuang daun pandan.
6) Letakkan mangkuk di atas periuk menggelegak air panas (mendidih dua) untuk menjaga campuran panas.

Cara melapis:
1) Ukur 200ml campuran putih dan tuangkan ke dalam kuali 8 "x 8".
2) Biarkan tetapi pastikan tidak keras. Permukaannya melekit. Gunakan jari anda perlahan-lahan untuk menguji.
3) Bahagikan 200ml untuk setiap enam warna dalam bekas yang berbeza.
4) Perlahan-lahan dengan menggunakan sudu untuk menuang lapisan berwarna ke atas lapisan putih.
5) Tinggalkan seketika tetapi pastikan ia tidak keras.
6) Ulang dengan berselang-seli antara lapisan putih dan lapisan berwarna hingga ke lapisan selesai (berakhir dengan lapisan berwarna merah).
7) Tinggalkan seluruh jeli untuk menyejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan dalam penyejukan.
8) Potong dan hidangkan!

PUDING SUNQUICK


PUDING SUNQUICK

BAHAN-BAHAN:

300 gm agar-agar
1.5 liter air
75 ml susu cair
3 keping roti
1 biji limau sunkist | ambil jusnya
4 biji telur | dipukul
1 sudu teh esen vanila

CARA MEMASAK:
1. Rendam roti bersama susu cair hingga kembang.
2. Masak separuh daripada agar-agar hingga hancur.
3. Bahagikan kepada tiga warna, sejukkan dan potong kecil.
4. Masak lebihan agar-agar hingga mendidih dan masukkan rendaman roti bersama esen vanila, telur dan jus limau.
5. Biarkan mendidih dan tuangkan ke dalam acuan selapis demi selapis.
6. Sejukkan dan hidangkan.

*Pastikan disejukkan lapisan demi lapisan terdahulu. Ini bagi mengelakkan lapisan bercampur.

Sunday, 9 August 2015

PUDING KASTARD BERLAPIS


Puding Kastad Berlapis

Bahan-bahan
25gm agar-agar
4 cawan air
1 cawan gula
100gm mentega
4 biji telur - ambil merahnya sahaja
1 tin (400gm) susu cair
3 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan sedikit air
pewarna merah, hijau dan koko

Cara memasak

1) Basuh agar-agar dan masak dengan 4 cawan air hingga hancur.
2) Bila agar-agar telah hancur, masukkan gula.
3) Pukul mentega hingga kembang. 
4) Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
5) Masukkan susu cair dan campuran tepung kastad. Kacau hingga sebati.
6) Masukkan campuran ini ke dalam agar-agar yang telah mendidih. Kacau rata.
7) Bahagikan adunan agar-agar kepada 4 bahagian - 3 bahagian dibubuh warna yang berlainan iaitu merah, hijau dan koko sementara 1 bahagian lagi dibiar dengan warna asal.
8) Sediakan loyang, masukkan separuh adunan yang berwarna asal. Tunggu sehingga lapisan itu beku, baru masukkan bahagian yang berwarna hijau. Ulang proses dengan bahagian yang berwarna merah dan koko. 
9) Lapisan atas sekali, letakkan bahagian warna asal yang berlebihan tadi.
10) Sejukkan di dalam peti sejuk kemudian bolehlah keluarkan dari acuan.

LEOPARD CAKE


LEOPARD CAKE

Bahan
240g mentega tanpa garam - dilembutkan
200g gula kastor
100ml susu segar@sejat
250g tepung gandum
16g baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur
*1 sudu besar serbuk koko
*1 sudu teh coklat emulco
*1 sudu teh pes oren
*1 sudu teh pewarna oren

Cara
1.Sediakan 2 loyang ukuran 8inci,sapu sedikit butter dan lapik dasr loyang dengan baking paper dan panaskan oven 170'c.
2.Ayak tepung dan baking powder.
3.Dalam mixer satukan mentega dan gula ,putar hingga adunan lembut.
4.Masukkan telur 1 demi 1,semasa masukkan telur sebiji masukkan 1 sudu besar tepung gandum dan masukkan esen vanilla,putar hingga kembang.
5.Kemudian masukkan baki tepung berselang seli dengan susu dan gaul cara kaup balik.
6.Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung.
*Ambil tepung kemudian susu-tepung-susu dan tepung,gaul hingga sebati.
7.Ambil 1cwn adunan kek letak pes oren dan pewarna oren,kacau rata.(masuk dalam piping bag)
8.Ambil 2 cwn adunan kek letak serbuk koko dan coklat emulco,kacau rata.(masuk dalam piping bag)
9.Ambil 1 cwn adunan kek tiada warna.(masuk dalam piping bag)

Cara Mencorak
1.Ambil 1 sudu besar adunan tak bewarna,ratakan dalam loyang.
2.Ambil pula adunan warna coklat dan paipkan atas adunan kek tak berwarna tadi.
3.Buat lingkaran bulat kecil hingga besar.
4.Terpulang nak buat berapa lingkaran( 5, 4 ,3 )
5.Lingkaran ni boleh buat 2 line( maknanya 1 lingkaran tu kite paipkan 2 kali )
6.Kemudian paipakan pula warna oren,betul-betul di tengah-tengah lingkaran warna coklat tadi.
7.Lingkaran warna oren ni pun buat dalam 2 lingkaran setiap 1 bulatan tu,supaya nanti warna oren tu nampak besar sikit bila kita potong.
8.Kemudian ambil warna coklat sekali lagi paipkan atas warna oren tadi dan tutup warna oren tadi keseluruhannya dengan berhati-hati.
9.Kemudian ambil adunan tak bewarna tadi yang kite masukkan dalam piping bag,kite paipkan di celah-celah lingkaran tadi.( ratakan )
10.Selepas tu ambil warna plain dan ratakan atas lapisan tadi,tutup keseluruhan permukaan adunan tadi.( Jangan kacau kuat-kuat tau..perlahan-lahan aje ratakan supaya lingkaran dibawah tidak terusik @ terlanggar.
11.Kemudian bakar 170'c selama 45 minit.( ikut oven msng2 )
12.Buat kaedah yang sama untuk loyang yang satu lagi.
13.Bila kek dah masak biarkan,10 minit dan telangkupkan atas redai dan sejukkan.

Coklat Ganache
300g krim tenusu
30g sirap glukos
500g coklat masakkan-hiris halus

Cara
1.Didihkan krim dan sirap glukos.
2.Tuang dalam bekas coklat,kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya.
3.Masukkan dalam piping bag.

Krim Coklat
180g coklat ganache-ambil dari adunan diatas
150ml krim putar bukan tenusu

Cara
1.Putar krim hingga kembang.
2.Campurkan coklat ganache dan kacau rata.
3.Masukkan dalam piping bag.

Proses Melapis
*Saye guna 3 keping kek-saye buat 1 1/2 adunan kek untuk mendapatkan 3 keping kek.
1.Bila kek dah sejuk potong sikit lapisan atasnya yang agak keras.
2.Kemudian paipkan krim coklat atas kek.
3.Ambil 1 keping kek letak atas kek yang sudah diletak krim tadi dan paipkan krim atas kek tadi.
4.Ambil kepingan kek yang ke-3 letak atas kek yang sudah dipaipkan krim tadi dan paipkan krim atas kek tadi.
5.Akhir sekali salut seluruh kek dengan krim coklat dan simpan dalam peti sejuk.
6.Bila krim dah keras deco kek.
7.Ambil coklat ganache paip bentuk lingkaran bulat seluruh kek.
8.Kemudian paip krim coklat di tengah lingkaran ganache tadi.

KEK BATIK


KEK BATIK

Bahan
300g biskut marie-patahkan 4
200g milo
1 cwn butter
3/4 cwn susu pekat manis

Cara
1.Campurkan semua bahan kecuali biskut marie dalam kuali dan masak guna api kecil.
2.Kacau semua bahan tadi hingga butter cair dan masukkan biskut gaul rata.
3.Tuang dalam loyang dan tekan.
4.simpan dalam peti sejuk.

P/S:Pastikan loyang di alas dengan plastik bagi senang nk keluarkan bila di potong.

WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE


WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE

Bahan Almond Sponge Cake
4 biji telur grad A
180g gula halus
170g tepung gandum
2 sudu besar serbuk badam
70g air
1 sudu teh baking powder
15g ovellete
50g minyak jagung@masak
1 sudu teh esen vanilla

Cara
1.Ayak tepung dan baking powder.
2.Satukan semua bahan kecuali minyak,putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi putih,lembut dan gebu.
3.Masukkan minyak gaul kaup balik perlahan hingga sebati.
4.Tuang dalam loyang 8inci yg telah di lapik kertas minyak dan di oles butter.
5.Bakar 170'c selama 30-45 minit.( ikut oven msng2 )

Bahan Salted Caramel
113g butter
120ml dairy whipping cream
3 sudu besar air
60ml corn syrup
200g gula

Cara
1.Campurkan butter bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga cair tapi masih keruh.(ketepikan)
2.Dalam periuk satukan air,corn syrup dan gula.Masak hingga mendidih,berbuih2 dan gula larut.
3.Tutup periuk supaya gula yg melekat di tepi periuk mencari dan turun ke bawah.
4.Buka tutup periuk,tuang butter dan krim cair tadi kacau perlahan dan masak hingga pekat.
5.Biarkan sejuk.

Bahan Salted Caramel Cream
3 biji kuning telur
100g coklat putih masakan
8g gelatin
30g air
2 sudu besar salted caramel
250g non dairy whipping cream
1 sudu teh esen vanilla

Cara
1.Satukan gelatin bersama air biarkan kembang.
2.Kemudian cairkan gelatin cara double boiler.
3.Cairkan coklat cara double boiler.
4.Dengan cara double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa kacau hingga ia berkrim.
5.Tuang gelatin,gaul sebati.
6.Tuang coklat dan salted caramel,gaul sebati.
7.biarkan sejuk.
8.Dalam bekas lain putar krim dan esen vanilla hingga kental.
9.Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim.

Bahan White Chocolate Ganache
125ml non dairy whipping cream
20g sirap glucos
200g coklat putih masakan
15g mentega

Cara
1.masak sirap glucos dan krim hingga berbuih.
2.Tuang krim atas coklat dan biarkan coklat mencair.
3.Masukkan butter,gaul rata.

Bahan Caramel Macadamia Nut
100g kacang macadamia
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar air

Cara
1.Masak gula hingga perang.
2.Tambah air dan biar ia pekat.
3.Masukkan kacang dan gaul rata hingga gula bersalut pada kacang.
4.Sejukkan dan potong @ cincang kasar.

Cara Menyediakan
1.Potong kek pada 3 keping.
2.Ambil 1 keping sapukan krim.
3.Taburkan kacang macadamia yg telah dicincang dan lapiskan krim.
4.Ambil 1 keping kek lagi letak diatas kek tadi dan ulang langkah yg same hingga siap.
5.Bila dah siap melapis Salut keseluruh kek dengan krim dan simpan dalam peti sejuk hingga krim mengeras.
6.Kemudian tuang white chocolate ganache,ratakan

KEK COKLAT MOIST


KEK COKLAT MOIST@LEMBAB

Bahan
2 cwn tepung gandum
2 cwn gula pasir
2 biji telur grad A
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cwn air
1 vwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla

Cara
1.Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
2.Putar telur dan gula hingga kembang.
3.kemudian masukkan semua bahan yang lain,putar sebati.
4.Sapu sedikit mentega pada loyang dan tuang adunan.
5.Kukus 45-55 minit klu guna loyang dan kukus 15 minit klu guna acuan kecil.
6.Paskan penutup periuk kukus di balut dengan kain@kertas aluminium supaya air x menitis atas kek.
7.Kukus guna api sederhana.Klu guna api kuat atas kek akan merekah.

KEK BUAH KUKUS


KEK BUAH KUKUS

Bahan
375g buah2an campuran( mix fruit)
250g mentega
300g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar
3 biji telur
150g gula kastor
150g gula ( buat gula hangus )
1/4 cwn kepingan badam
ceri merah dan hijau-potong dadu

Cara
1.Didihkan kukusan.
2.Alas loyang dengan kertas minyak dan lenser juga kertas minyak dengan mentega.
3.Tepung digaul bersama soda bikarbonat dan cream of tartar.
4.Masukkan buah2an campuran dan kepingan badam dalam tepung.gaul rata supaya mengelakkan buah2an tadi mendak dan x teratur.( ketepikan )
5.Putar mentega bersama gula hingga kembang.Masukkan telur 1 demi 1 putar hingga kembang.
6.Masukkan buah2an campuran dan tepung,gaul hingga rata.
7.Masak gula pasir tadi hingga jadi gula hangus dengan api sederhana.
8.Kemudian tuang dalam adunan kek tadi,gaul sebati.
9.Tuang adunan dalam loyang dan susun buah ceri di atas adunan kek.
10.Tutup loyang dengan kertas aluminium dengan kemas dan ikat dengan tali.
11.Kukus selama 4jam dengan api sederhana.
12.Setiap 1jam periksa air kukusan dan tambah air kukusan menggunakan air panas juga.
13.Bila dah masak keluarkan kek dari periuk kukusan dan biarkan betul2 sejuk baru potong.

KEK KARAMEL PUDING KUKUS


KEK KARAMEL PELANGI KUKUS

Bahan Karamel
5 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

Cara
1.Masak gula bersama 1 sudu air hingga perang dengan api sederhana.
2.Bila dah gula dah kelihatan perang masukkan 1 sudu air,kacau sebati.
3.Tuang dalam loyang.( ketepikan )

Bahan Lapisan Atas
400ml susu segar@ sejat
5 sudu besar gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara
1.Kacau kuning telur bersama gula hingga sebati.( jgn sampaiberbuih )
2.Dalam periuk lain panaskan susu dan esen vanilla jgn sampai mendidih sekadar suam saja.
3.Kemudian tuang dalam adunan telur tadi,kacau sebati dan tapis dalam loyang karamel tadi.
4.Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus 20 minit.
5.Sementara tunggu masak buat adunan kek pelangi.
6.Bila dah masak tuang adunan kek dan kukus lagi 40-45 minit hingga masak.

Bahan Kek
5 biji telur
250g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
150ml susu cair
180g gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
125ml minyak
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna pink,biru dan hijau

Cara
1.Campurkan semua bahan kecuali minyak dan pewarna,putar hingga kembang.
2.Masukkan minyak,gaul sebati,guna spatula.
3.Bahagi adunan pada 3.
4.Tuang adunan dalam loyang berselang-seli warna hingga adunan habis.
5.Kukus 40-45 minit hingga masak.
6.Terlebih dahulu loyang sapu dengan mentega dan tabur sedikit tepung dikeliling loyang sebelum tuang adunan kek diatas karamel

SWISS ROLL CAKE


SWISS ROLL CAKE

Bahan A
5 kuning telur
50g minyak
50g susu segar
20g gula kastor
85g tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Bahan B
5 biji putih telur
60g gula kastor
1 sudu teh cream of tartar

Cara
1.Putar kuning telur dan gula hingga sebati.
2.Masukkan minyak putar sebati.
3.Masukkan susu putar lagi.
masukkan tepung gaul,sebati.( ketepikan )
4.Dalam mangkuk lain putar putih telur bersama cream of tartar hingga berbuih.
5.Masukkan gula ,putar hingga kembang dan gebu.( bila terbalikkan mangkuk adunan x jatuh. )
6.Ambil 1/3 cwn adunan putih telur tuang dalm adunan kuning telur,gaul sebati.
7.Kemudian Tuang semua adunan putih telur dan adunan kuning telur,gaul sebati cara kaub balik.
8.Alas loyang dengan kertas minyak dan tuang adunan.
9.Bakar 160'c selama 25 minit.( ikut oven masing2 )
10.Bila dah biarkan sejuk.
11.Bila dah sejuk sapu frosting dan gulung dengan rapi.

BLACK FOREST CAKE


BLACK FOREST CAKE

Bahan Kek
2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung gandum
3/4 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 biji telur
1 cwn susu segar
1/2 cwn minyak
1 cwn air
2 sudu teh esen vanilla

Cara
1.Campurkan semua bahan kering dan ayak.
2.Masukkan susu,telur,minyak dan esen vanilla,putar sebati.
3.Tuang air dan putar sebati.
4.Sediakan 2 loyang 9inch dan sapu sedikit mentega pada loyang.
5.Bakar 30-35 minit 170'c.( ikut oven msng2 )

Blueberry Filling
2 1/2 cwn buah blueberry
1 cwn filling blueberry
500ml whipping cream
Buah cerry-hiasan
coklat parut-hiasan

Cara
1.Putar whipping cream hingga kental.
2.Ambil 1 keping kek sapu whipping cream,filling blueberry dan letak buah blueberry.
3.Kemudian ambil 1 keping kek lagi letak atas kek tadi dan sapu whipping pada seluruh kek,ratakan.
4.Letak buah cerry atas kek dan latak coklat parut di sekeliling kek.

RED VELVET CHEESE CAKE


RED VELVET CHEESECAKE

Bahan
274g biskut oreo ( kisar halus )
1/4 cwn butter ( cairkan )
2x250g cream cheese
1/2 cwn whipping cream
3/4 cwn gula kastor
2 sudu besar pewarna merah
3 biji telur
3 sudu besar serbuk koko

Cara
1.Gaul biskut oreo bersama butter,gaul rata dan tekan dalam loyang.
2.Putar cream cheese bersama gula hingga lembut.
3.Masukkan telur dan esen vanilla,putar sebati.
4.Masukkan pewarna dan serbuk koko,putar sebati.
5.Kemudian putar whipping cream hingga kembang.
6.Tuang adunan cheese,gaul sebati cara kaub balik.
7.Balut loyang dengan kertas aluminium.
8.Tuang adunan dan bakar cara water bath.
9.Bakar 150'c selama 45-55 minit.( ikut oven msng2 )
10.Bila dah masak tutup api biarkan kek sejuk dalam oven 30minit.
11.Bila dah sejuk simpan dalam peti sejuk 4jam atau semalaman.

RAINBOW CAKE


RAINBOW CAKE

Bahan
18 sudu besar ( 2 stick+2 sudu besar ) butter
4 1/2 cwn tepung
3/4 cwn susu segar @ sejat
3/4 cwn air
9 biji putih telur
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar baking powder
2 1/4 cwn gula

Cara
1.Ambil 2 mangkuk.
2.Mangkuk 1 campurkan susu,air,telur dan esen vanilla,gaul sebati.
3.Mangkuk 2 campurkan tepung dan baking powder,gaul sebati.
4.Dalam mangkuk lain campurkan gula dan butter,putar hingga lembut.
5.Masukkan adunan mangkuk 1,putar sebati.
6.Kemudian Masukkan adunan mangkuk 2,putar sebati.
7.Bahagi adunan pada 6 mangkuk dan 6 warna.
8.Bakar 170'c selama 15-20 minit.( ikut oven msng2 )

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE


CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

Bahan Kek
2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung
1 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn susu cair
1/2 cwn minyak
2 sudu teh esen vanilla
1 cwn air

Cara
1.Campurkan bahan kering,gaul sebati.
2.Putar telur dan gula hingga kembang.
3.Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati.
4.Masukkan bahan kering tadi gaul sebati.
5.Alas loyang dengan kertas minyak.
6.Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
7.Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
8.Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.

Bahan Mousse Putih
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat putih
1 1/2 cwn whipping cream

Cara
1.Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Black Mousse
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat
1 1/2 cwn whipping cream

Cara
1.Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Coklat Ganache
1 cwn coklat masakan
1 cwn whipping cream

Cara
1.Cairkan coklat cara double boiler.
2.Putar whipping cream hingga lembut.
3.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Cara Melapis
1.Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan.
2.Ambil 1 keping kek lagi tuang pula black mousse,ratakan.
3.Ulang langkah yg same hingga siap.
4.Bila dah siap tuang black mousse pada seluruh badan kek.
5.Akhir sekali curah coklat ganache pada seluruh badan kek.
6.Simpan dalam peti sejuk 15minit.

RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE


RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE

Bahan Kek
2 cwn gula kastor
1 3/4 cwn tepung
1 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn susu cair
1/2 cwn minyak masak
2 sudu teh esen vanilla
1 cwn air

Cara
1.Putar telur dan gula hingga kembang.
2..Masukkan susu,air,minyak,esen vanilla dan air,putar sebati.
3.Campurkan semua bahan kering,gaul sebati.
4.Alas loyang dengan kertas minyak
5.Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
6.Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
7.Biarkan 10minit sejuk baru keluarkan dari loyang.

Bahan Filling Coklat Cream Cheese
125g coklat masakan
250g cream cheese
50g gula kastor
5 sudu besar susu cair

Cara
1.Cairkan coklat cara double boiler.
2.Putar cream cheese,gula,susu dan coklat hingga lembut.

Bahan Filling Cream Cheese
250g cream cheese
1/4 cwn gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Cara
1.Campurkan semua bahan putar hingga lembut.

Bahan Coklat Ganache
1 cwn coklat chip
1 cwn whipping cream

Cara
1.Cairkan coklat cara double boiler
2.Putar whipping cream hingga lembut.
3.Tuang coklat dan gaul sebati.

Cara Melapis
1.masukkan coklat cream cheese dan cream cheese dalam piping bag.
2.Ambil 1 keping kek dan paip coklat cream cheese berbentuk bulatan.
3.Kemudian diselang dengan cream cheese.
4.Ambil 1 keping kek lapis pada kek tadi dan paip cream cheese berbentuk bulatan.
5.Kemudian paip pula coklat cream cheese.
6.Ulang langkah hingga habis.
7.Bila dah siap melapis paip cream cheese pada seluruh kek dan ratakan.
8.Akhir sekali curah dengan coklat ganache.
9.Simpan sebentar dalam peti sejuk.

OREO CHEESE CAKE (BAKED)


OREO CHEESECAKE BAKED

Bahan Base
300g biskut oreo ( dibuang krimnya )
75g butter cair

Cara
1.Buang krim biskut oreo dan kisar halus dan gaul dengan butter cair tadi.
2.Tekan padat dalam loyang dan bakar selama 15 minit pada suhu 150'c.( ikut oven msng2 )

Bahan Filling
500g cream cheese
110g gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
150ml whipping cream
20 keping biskut oreo( buang krim dan patahkan 4 )

Cara
1.Putar cream cheese dan gula hingga sebati.
2.Masukkan telur,esen vanilla dan whipping cream,putar sebati.
3.Masukkan biskut oreo,gaul sebati.
4.Lapik keliling dan tapak loyang dengan kertas minyak.
5.Tuang adunandalam loyang dan bakar cara water bath.
6.Bakar 150' selama 45-50 minit.
7.Bila dah masak buka sedikit pintu oven dan biarkan kek sejuk dalam oven selama 30 minit.
8.Keluarkan kek tutup permukaan kek dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk 4jam @ semalaman.

SNOW CHEESE CAKE


SNOW CHEESE CAKE

BAHAN KEK
6 biji telur gred B ( 2 daripadanya dibuang putihnya )
100g tepung superfine (ayak )
60g tepung jagung( ayak )
100g gula kastor
1 sudu teh baking powder( ayak )
2 sudu teh ovallete
50g air sejuk
75g mentega ( cairkan )

Cara
1.masukkan semua bahan dalam 1 bekas kecuali mentega.
2.Putar hingga putih gebu.
3.Masukkan mentega,gaul sebati.
4.Bakar selama 45 minit - 1jam suhu 150'c.( ikut oven msng2 )
5.Bila dah sejuk potong kek pada 2.

Bahan Filling
250g cream cheese
5 sudu besar susu pekat manis

Cara
1.Campurkan semua bahan,putar sebati.
2.Jika filling nampak sedikit cair,masukkan dalam peti sejuk 10 minit.
3.Setelah itu boleh digunakan.

Bahan Hiasan
1 ketul cheese cheddar ( di parut )

Cara Membuat Snow Cheesecake
1.Ambil 1 keping kek sapu filling diatas kek dan ratakan.
2.Kemudian ambil 1 keping kek lagi dan sapu filling pada seluruh badan kek.
3.Akhir sekali tabur cheese cheddar pada seluruh kek.
4.Simpan kek dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dipotong.