Translate

Wednesday, 13 January 2016

PAPRIK CAMPUR


PAPRIK CAMPUR

BAHAN-BAHAN:
-Ayam 1/4 ekor - potong kecik2 buang tulang.. Lletak garam dan serbuk kunyit, goreng 3/4 masak dan tos.
-Sotong (agak2 nak banyak mana) - siang dan potong bulat
-Udang (pun agak2)
-Bawang Putih 4 ulas - cincang
-Bawang Merah 5 biji - hiris
-Bawang Besar 2 biji - potong bulat
-Cili Padi 5 biji - belah dua
-Kiub Tomyam Maggi 2 - bancuh air sikit
-Sos Tomato 2 sudu besar
-Sos Tiram 3 sudu besar
-Sos Cili 2 sudu besar
-Kicap Manis 2 sudu besar
-Gula Pasir 2 1/2 sudu besar
-Ajinomoto
-Minyak Masak 1 senduk

-Kacang Panjang 4 batang - potong panjang 2 inci
-Lobak merah 1 batang - potong panjang
-Bunga kubis - jadikan kelopak kecik (agak2)
-Putik Jagung 5 batang - potong serong
-Daun Limau Purut 5 helai - ramas
-Serai sebatang - ketuk
-Tomato 1 biji - belah 4

CARA-CARANYA:
1)Panaskan minyak dgn api besar sampai betul2 panas.

2)Masukkan serai, bawang putih dan bawang merah. Tumis sampai naik bau.
3)Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Goreng sampai kacang dan carrot tu mcm garing.
4)Masukkan bancuhan kiub tomyam, bawang besar, cili padi, daun limau purut dan semua sos yg ada. Gaul sikit.
5)Masukkan gula dan ajinomoto.
6)Masukkan bunga kubis, putik jagung.
7)Masukkan ayam goreng tadi, sotong dan udang. Biar dlm 5 minit. Api kecikkan.
8)Masukkan tomato.

p/s: Resipi ni tak guna garam eh.. Siap dah!! Kalau nak banyak kuah, tambah ler air sikit.. Pepandai ejas rasanya... Jangan masak sotong lama sgt, nanti sotong tu kenyal mcm sipor jepon..

Makan dgn telur dadar garing.. Pukul 3-4 biji telur ayam dgn garam dan sikit ajinomoto dan 2 cubit gula.. Pukul sampai kembang.. Minyak banyak dan betul2 panas.. Test sikit.. Renjis telur tu.. Kalau terus kembang dlm minyak, dah ready ler tu.. Curah telur dan biar garing.. Telur ni memang mabeles sebab rangup dan gebu..

PERUT LEMBU (BABAT) & KENTANG MASAK LEMAK JAWA


PERUT LEMBU (BABAT) & KENTANG MASAK LEMAK JAWA

BAHAN-BAHAN:
-Perut Babat 1/2 kg - beli yg dah putih bersih tu ja.. Potong kecik2 dan rebus dgn halia yg diketuk2 sampai empuk.. Pastu tos
-Kentang 4 biji - Belah 6
-Lada Hijau Besar 1 biji - hiris serong
-Cili Padi 4 biji - belah dua
-Gula Pasir - 2 1/2 sudu besor
-Garam dan ajinomoto
-Serai sebatang - Ketuk
-Santan Kotak - 3/4 kotak kecik (kalau nak pakai santan fresh, guna santan dari sebiji kelapa)
-Tomato Saiz Besar 1 biji - belah 6
-Daun Limau Purut 3 helai - ramas2 je.. takyah buang tangkai tengah daun tu..
-Minyak Masak 1 senduk

Bahan Blend Basah:
-Cili Kering 4 tangkai (rendam air panas dulu.. takyah buang biji)
-Bawang Merah 6 biji
-Bawang Putih 4 ulas
-Halia besar ibu jari tangan
-Lengkuas besar 2x ibu jari tangan

Bahan Blend Kering:
-Ketumbar 2 sudu besar
-Jintan Manis 1/2 sudu teh
-Jintan Putih 1/2 sudu teh

CARA-CARANYA:
1)Panaskan minyak dlm periuk.
2)Masukkan serai dan lada hijau.
3)Tumis sampai naik bau.
4)Masukkan bahan blend basah.
5)Tumis lagi sampai garing sikit.
6)Masukkan gula, cili padi dan gaul lagi.
7)Masukkan air dlm 1/2 mangkuk dan masukkan jugak bahan blend kering tadi. Gaul perlahan.
8)Masukkan garam, ajinomoto dan kentang.
9)Kecikkan api sikit, biar sampai kentang empuk.
10)Bila kentang dah empuk, masukkan santan, perut babat dan daun limau purut yg dah diramas.
11)Biar mendidih dan kuah semua sebati.
12)Agak2 dlm 10-15 minit, masukkan tomato. Gaul kejap boleh matikan api.. 


IKAN KERING SEPAT & UDANG MASAK LEMAK NENAS



IKAN KERING SEPAT & UDANG MASAK LEMAK NENAS

BAHAN-BAHAN:
-Ikan Kering Sepat 4 ekor - potong 2, basuh dan rendam 30 minit pastu tos
-Udang 1/2 kg - buang sesungut dgn muncung ja..
-Santan dari sebijik kelapa - campur garam secubit, gaul (ni petua tanak santan tu pecah)
-Nenas 1/2 biji - potong ikut suka
-Serai sebatang - ketuk ja
-Bawang Besor 1 labu - hiris nipis2
-Lada Hijau/Merah 2 biji - hiris serong nipis
-Asam Keping 1
-Gula 2 sudu besar
-Ajinomoto (kalau nak letak)

Bahan Blend:
-Bawang Merah 4 ulas
-Bawang Putih 3 ulas
-Kunyit Hidup besor ibu jari tangan
-Cili Padi 7 biji

CARA-CARANYA:
1)Panaskan sikit minyak, pastu tumiskan bawang besar, lada besar dan serai sampai layu.
2)Bila dah layu, masukkan bahan blend.
3)Pastu masukkan gula.
4)Gaul sampai yg blend tadi tu hilang bau ladanya.
5)Masukkan santan separuh, boleh letak air sikit pastu masukkan asam keping dan nenas.
6)Biar api kecik dan nenas sampai lembut.
7)Bila nenas dah nampak lembut, masukkan ikan masin dan baki santan.
8)Gaul lagi dlm 5 minit.
9)Masukkan ajinomoto sikit.
10)Pastu dah boleh masukkan udang.
11)Biar dlm 10minit dan boleh matikan api.

Monday, 10 August 2015

PUDING JELI OREN


PUDING JELI OREN

Bahan-bahan:

Lapisan Jernih

4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning (akak tukar kpd 1 sudu mkn oren sunquick)

cara-cara

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan

lapisan puding

4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan

cara-cara untuk melapis:
-------------------------------
Sediakan bekas yang sesuai.
masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

PUDING CENDOL


PUDING CENDOL

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )

Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam
Bagi Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam

Cara-cara

Bagi Lapisan Bawah
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
Bagi Lapisan Atas
Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
P9070107
Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

PUDING KARAMEL


PUDING KARAMEL

Bahan-bahan

400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara

Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.

Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.

Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit

Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.

PUDING COKLAT KARAMEL


PUDING COKLAT KARAMEL

BAHAN-BAHAN
Bahan A

½ cawan gula-buatkan caramel

Bahan B

1 tin susu cair
1 cawan air
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu besar gula perang
1 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar tepung jagung
Hiasan-buah laici dalam tin

CARA MEMBUAT
1. Gaulkan semua bahan B dan tapiskan dalam loyang yang berisi caramel.
2. Kukuskan selama 30 minit dengan api sederhana.
3. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan besar.
4. Hiaskan dengan buah laici atau sebarang buah koktel.